Monday 3 December 2012

Di Mana kan Ku Cari Ganti.. =)

Cerita mengenai kisah Rasulullah SAW yang menyuapkan makanan kepada seorang Yahudi yang buta dan cacat serta sangat tua.


Rasulullah SAW setiap hari akan pergi ke rumah seorang Yahudi yang tua, buta dan cacat untuk menyuapkan makanan kepada Yahudi ini. Walau bagaimanapun, oleh kerana baginda tidak memperkenalkan dirinya sebagai Rasulullah SAW, Yahudi ini tidak mengetahui akan baginda. Setiap hari apabila Rasulullah SAW menyuapkan makanan kepada Yahudi ini, pasti Yahudi ini akan berkata " Kau jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai"..
Rasulullah SAW tidak berkata apa-apa setiap kali Yahudi ini berkata begitu dan baginda tetap mengunjungi Yahudi ini setiap hari walaupun dicerca dan dihina secara berhadapan oleh Yahudi ini..( cuba bayangkan kalau diri kita ini dihina secara berhadapan..sudah pasti kemarahan kita membuak-buak kan)

Setelah kewafatan baginda Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As- Siddiq R.A pun dilantik menjadi khalifah. Oleh kerana Saidina Abu Bakar R.A ini adalah anak didik Rasulullah SAW, cara pemerintahannya juga mengikut model Rasulullah SAW. Semua perkara yang dianjurkan oleh baginda SAW pasti Saidina Abu Bakar R.A mengikutnya. Suatu hari, Saidina Abu Bakar bertemu Saiditina Aisyah R.A isteri Rasulullah SAW. Beliau bertanya kepada Saiditina Aisyah R.A " Wahai Aisyah R.A, adakah lagi perkara yang baginda SAW berbuat tetapi aku tidak melakukannya lagi. Sungguh kau pasti lebih mengetahui apa yang Kekasih Allah SWT ini lakukan??
Saiditina Aisyah R.A pun menjawab " Ada lagi satu, wahai Abu Bakar R.A.. Baginda setiap hari akan menyuapkan makanan kepada seorang Yahudi yang tua, buta dan cacat di hujung negeri ini. Pergilah mencarinya dan buatlah apa yang Rasulullah SAW berbuat". Maka, Abu Bakar R.A pun mencari Yahudi itu dan beliau menemuinya. Seperti biasa, beliau pun menyuapkan makanan kepada Yahudi ini sambil Yahudi ini pasti akan berkata " Kau jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai"..

Lama- kelamaan Yahudi ini perasan dan tersedar. Yahudi ini bertanya " Kau bukan lelaki yang selalu menyuapkan makanan kepada ku. Abu Bakar R.A menjawab " Akulah lelaki itu, wahai sdra. Akulah lelaki yang selama ini menyuapkan makanan kepada kamu. Yahudi itu menjawab " Tidak, kau berbohong. Lelaki yang selalu menyuapkan makanan kepadaku itu akan hanya menyuapkan makanan setelah aku menelan kunyahan aku. Kau tidak, aku belum telan kunyahan lagi tetapi kau telah sumbatkan aku dengan makanan lain. Cara kau berbeza.. Dimana lelaki itu???
Dengan perasaan sebak Abu Bakar R.A menjawab " Lelaki itu telah tiada di dunia ini., wahai sdra. Lelaki yang kau kata " jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai" sebenarnya adalah Rasulullah SAW dan lelaki inilah yang menyuapkan sdra dengan makanan setiap hari..
Yahudi itu terkejut serta sukar untuk mempercayainya. Lalu Yahudi ini pun menangis sambil berkata " Sungguh mulia hati lelaki ini, walau aku mengutuknya setiap hari dia tetap datang untuk memberi makanan kepada aku yang tua buta ini".


mari lah kita selawat bersama ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w ..

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ (Allahumma salli ‘ala muhammadin wa‘ala ali muhammad)





4 comments: