Sunday, 10 March 2013

Belalang Mesir 'serang' selatan Israel













SEBUAH pesawat menyembur racun serangga di kawasan yang 'diserang' belalang di Kampung Kmehin, Gurun Negev semalam.




KEMEHIN - Israel memulakan perang ke atas sejumlah besar belalang dari Mesir kelmarin untuk menghalang serangga tersebut daripada memusnahkan tanaman di selatan negara itu.

Serangga tersebut yang terbang dalam berkumpulan sehingga membentuk awan di langit.

Ia 'menyerang' Israel tiga minggu sebelum hari perayaan Yahudi, Passover.

Beberapa pegawai berkata, belalang itu melitupi kawasan seluas hampir 800 hektar di padang pasir dalam tempoh semalaman.


Pihak berkuasa pertanian Israel menyembur racun serangga dan darat untuk cuba menghapuskan belalang-belalang itu pada awal pagi sebelum embun pada sayapnya kering.

"Kami berharap tindakan kami berkesan," kata seorang juruterbang berkenaan kepada stesen radio tentera.

"Harap-harap kerosakan yang dibawa serangga itu hanya minimum," tambahnya.

Menurut juruterbang itu, kehadiran sejumlah besar belalang yang membawa bencana dengan memakan tanaman penduduk pernah berlaku sebelum ini pada tahun 2004.

Sementara itu seorang penanam ubi kentang yang tinggal sekitar tiga kilometer dari sempadan Mesir, Pavel Rosenfeld berkata, setakat ini 30 hingga 40 peratus tanamannya sudah rosak.

"Semuanya bergantung kepada tiupan angin dan kami berdoa agar angin tidak akan membawa lebih banyak belalang,"


 katanya. - Reuters

jom tgk gambar.. 

ape komen anda.. ?? :)







Tuesday, 19 February 2013

Top 5: Orang Terkaya di Dunia

5. Bernard Arnault

Net Worth : $41.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : LVMH
Age : 62
Country Of Citizenship : France
Residence : Paris
Industry : Retail
Education : Ecole Polytechnique, Bachelor of Arts / Science
Marital Status : Married, 5 children

4. Warren Buffett

Net Worth : $50.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Berkshire Hathaway
Age : 80
Country Of Citizenship : United States
Residence : Omaha, Nebraska
Industry : Investments
Education : Columbia University, Master of Science
Marital Status : Widowed, remarried, 3 children


3. Bill Gates
Net Worth : $56.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Microsoft
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Medina, Washington
Industry : Software
Education : Harvard University, Drop Out,
Marital Status : Married, 3 children


2. Carlos Slim Helu
Net Worth : $74.0 Billion
Fortune : Self made
Source : Telecom
Age : 71
Country Of Citizenship : Mexico
Residence : Mexico City
Industry : Telecommunications
Education : NA
Marital Status : Widowed, 6 children

1. Orang Yang Solat



Rasulullah s.a.w bersabda :

“2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya” H.R. Muslim & Tarmizi

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud” “Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :” Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. “Tidak..”

Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya ‘Muhammad.” Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud..

“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia men! gembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:” Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..

“Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”

SUMBER: http://melovegraphic.com/top-5-orang-terkaya-di-dunia/

Monday, 3 December 2012

Di Mana kan Ku Cari Ganti.. =)

Cerita mengenai kisah Rasulullah SAW yang menyuapkan makanan kepada seorang Yahudi yang buta dan cacat serta sangat tua.


Rasulullah SAW setiap hari akan pergi ke rumah seorang Yahudi yang tua, buta dan cacat untuk menyuapkan makanan kepada Yahudi ini. Walau bagaimanapun, oleh kerana baginda tidak memperkenalkan dirinya sebagai Rasulullah SAW, Yahudi ini tidak mengetahui akan baginda. Setiap hari apabila Rasulullah SAW menyuapkan makanan kepada Yahudi ini, pasti Yahudi ini akan berkata " Kau jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai"..
Rasulullah SAW tidak berkata apa-apa setiap kali Yahudi ini berkata begitu dan baginda tetap mengunjungi Yahudi ini setiap hari walaupun dicerca dan dihina secara berhadapan oleh Yahudi ini..( cuba bayangkan kalau diri kita ini dihina secara berhadapan..sudah pasti kemarahan kita membuak-buak kan)

Setelah kewafatan baginda Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As- Siddiq R.A pun dilantik menjadi khalifah. Oleh kerana Saidina Abu Bakar R.A ini adalah anak didik Rasulullah SAW, cara pemerintahannya juga mengikut model Rasulullah SAW. Semua perkara yang dianjurkan oleh baginda SAW pasti Saidina Abu Bakar R.A mengikutnya. Suatu hari, Saidina Abu Bakar bertemu Saiditina Aisyah R.A isteri Rasulullah SAW. Beliau bertanya kepada Saiditina Aisyah R.A " Wahai Aisyah R.A, adakah lagi perkara yang baginda SAW berbuat tetapi aku tidak melakukannya lagi. Sungguh kau pasti lebih mengetahui apa yang Kekasih Allah SWT ini lakukan??
Saiditina Aisyah R.A pun menjawab " Ada lagi satu, wahai Abu Bakar R.A.. Baginda setiap hari akan menyuapkan makanan kepada seorang Yahudi yang tua, buta dan cacat di hujung negeri ini. Pergilah mencarinya dan buatlah apa yang Rasulullah SAW berbuat". Maka, Abu Bakar R.A pun mencari Yahudi itu dan beliau menemuinya. Seperti biasa, beliau pun menyuapkan makanan kepada Yahudi ini sambil Yahudi ini pasti akan berkata " Kau jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai"..

Lama- kelamaan Yahudi ini perasan dan tersedar. Yahudi ini bertanya " Kau bukan lelaki yang selalu menyuapkan makanan kepada ku. Abu Bakar R.A menjawab " Akulah lelaki itu, wahai sdra. Akulah lelaki yang selama ini menyuapkan makanan kepada kamu. Yahudi itu menjawab " Tidak, kau berbohong. Lelaki yang selalu menyuapkan makanan kepadaku itu akan hanya menyuapkan makanan setelah aku menelan kunyahan aku. Kau tidak, aku belum telan kunyahan lagi tetapi kau telah sumbatkan aku dengan makanan lain. Cara kau berbeza.. Dimana lelaki itu???
Dengan perasaan sebak Abu Bakar R.A menjawab " Lelaki itu telah tiada di dunia ini., wahai sdra. Lelaki yang kau kata " jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai" sebenarnya adalah Rasulullah SAW dan lelaki inilah yang menyuapkan sdra dengan makanan setiap hari..
Yahudi itu terkejut serta sukar untuk mempercayainya. Lalu Yahudi ini pun menangis sambil berkata " Sungguh mulia hati lelaki ini, walau aku mengutuknya setiap hari dia tetap datang untuk memberi makanan kepada aku yang tua buta ini".


mari lah kita selawat bersama ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w ..

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ (Allahumma salli ‘ala muhammadin wa‘ala ali muhammad)





Sunday, 2 December 2012

Kelebihan keluar di jalan ALLAH SWT..

assalamualaikum..
  hari nie kita tgk di bumi Palestin sedang bermandikan darah.. x kurang juga di Rohinya , syiria dan bnyak lgi tempat2 di serata dunia.. orang islam dikatakan pengganas..tapi hakikatnya orang islam yg di serang di tindas.. 
 Zaman Rasulullah dahulu, mereka para sahabat telah keluar ke jalan Allah swt @ jihad  utk menegakkan agama islam.. membernarkan dengan hati masih belum cukup utk memantapkan iman.. utk mendapatkan sesuatu kita memerlukankan pengorbanan,,utk memdapatkan iman yg mantap juga kita perlukan pergorbanan.. mungkin dgn keluar ke jalan Allah swt @ jihad , Allah swt akn memberi kefahaman tentang islam yg lebih mendalam kpd kita.. 

 Hari ini kita tengok di mcm mana Allah swt masih lagi membuka pintu jihad kpd hamba2 nya.. banyak kelebihan org yg keluar ke jalan Allah swt @jihad..  antaranya

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM -KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN-



sesungguhnya Allah di meletakkan kejayaan manusia pada agamanya..
Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam, barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai jalan hidupnya maka mereka adalah orang yang rugi, kejayaan kita dunia akhirat Allah letakkan dalam agama, sekiranya kita ada agama, kita ada segala-gala, kira agama takda, maka kita takda apa. Allah paling sayang agama, barangsiapa dapat agama agama, dia menjadi orang yang dikasihi Allah swt. Kira kita tinggalkan agama, kita takkan capai kejayaan, kemuliaan dan kita takkan dapat kasih saying Allah. Sesiapa amal cara hidup selain cara Islam, maka tak dapat kejayaan dab kesejahteraan disisi Allah, hina di dunia, azab di akhirat.



Thursday, 8 November 2012

♥ SEORANG PEMUDA SELAMA 17 TAHUN TINGGAL DIDALAM KUBURAN ♥


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Pernahkah Anda mengetahui kisah ini..??

Kisah seorang pemuda yang hidup selama 17 tahun dalam kuburan..??

Anda mungkin mengira bahwa ia tinggal di daerah dekat kuburan..??
Tidak..!!
Dia tidak tinggal di daerah dekat kuburan, tapi ia tinggal di dalam kuburan itu sendiri..!

Bagaimana kisahnya..??

Anda mungkin tidak akan mempercayai kisah ini, karena pemuda ini lahir dari keluarga berada (kaya).

Ayah dan Ibunya orang yang terpandang dan memiliki kekayaan yang berlimpah.
Dalam pandangan masyarakat sekitar, kedua orang tua ini adalah orang tua yang sempurna.
Namun orang hanya bisa menilai apa yang tampak.
Orang-orang tidak tahu bahwa kedua orang tua terpandang ini-lah yang memasukkan anaknya ke dalam kuburan, dan menjalani hidup selama 17 tahun di dalam kuburan!

Setiap hari, sang anak makan, minum dan tidur di dalam kuburan, yang penuh kegelapan.
Sang Anak juga hanya bisa menjalani apa yang diberikan kedua orang tuanya, tanpa perlawanan.

Menjelang ulang tahun pemuda itu yang ke-17.
Orang tuanya berjanji akan mengabulkan apa pun permintaan si pemuda sebagai hadiah ulang tahunnya.

Sang pemuda berpikir, ini-lah saatnya dia akan mengajukan permintaannya.
Ia tidak ingin lagi tinggal di kuburan.
Tapi apakah orang tuanya benar-benar akan mengabulkan permintaannya..??

Hari itu pun tiba.

Sang pemuda berulang tahun yang ke-17.
Kedua orang tuanya datang menghampiri dan menanyakan hadiah apa yang ia inginkan.

Sang pemuda menjawab:
“Ayah, Ibu… saya tidak meminta banyak, saya hanya minta satu hal.” Kata pemuda itu.

“Apa itu, Nak..? katakan-lah, Ayah dan Ibu pasti akan mengabulkan permintaan-mu.” Jawab orang tuanya.

“Ayah dan Ibu berjanji..?” Kata sang pemuda dengan berharap.

“Tentu, Nak. Ayah dan Ibu berjanji akan memenuhi permintaan-mu, selama kami mampu.” Kata sang Ayah.

“Ayah… Ibu… saya tidak ingin tinggal lagi di kuburan.” Kata pemuda itu.

“Apa? Apa maksud permintaan-mu itu, Nak..?” Kata orang tuanya keheranan..

“Ayah sudah berjanji akan mengabulkan permintaan-ku, dan hanya itu permohonan-ku, Yah.” Kata sang pemuda itu.

“Iya, Nak. Ayah sudah berjanji… tapi… tapi… Ayah tidak mengerti, Nak.” Kata sang Ayah masih diliputi keheranan..

“Ayah, sudah 17 tahun saya tinggal di sini, tapi tidak sehari-pun saya mendengar Ayah atau Ibu membaca Al-Qur'an. Sedangkan Rasulullah pernah mengatakan bahwa rumah yang tidak pernah dibacakan Al-Qur'an di dalamnya adalah seperti kuburan. Saya tidak ingin tinggal lagi di kuburan, Yah..” Jawab pemuda itu dengan penuh harap..

Ayah dan Ibu sang pemuda itu terdiam.

“Ayah dan Ibu bahkan tidak pernah mengajari-ku bagaimana membaca Al-Qur'an. Memang rumah ini mewah, besar dan orang-orang melihatnya sebagai Istana. Tapi mereka tidak tahu, bahwa di mata Rasulullah, rumah ini seperti kuburan.
Jika Ayah dan Ibu mau menepati janji mengabulkan permintaan-ku, tolong Yah.. Aku tidak ingin lagi tinggal di kuburan.
Ajari-lah aku membaca Al-Qur'an, agar rumah ini bercahaya dengan cahaya Al-Qur'an..” Pinta sang pemuda itu..

~ ♥ ~

Wahai Sahabat Rahimakumullah...
Renungan-lah cerita diatas tadi..!
Di manakah kalian selama ini makan, minum, tidur dan menetap?
Di rumahkah..??
Di kos-an kah..??
Di kontra-kan kah..??
Atau kah di kuburan..??
Karena di tempat yang kalian tempati tidak pernah sekali-pun membaca kan Al-Qur'an..??

Sesungguhnya Rasulallah shalallahu 'alaihi wa sallam mengibaratkan rumah yang tidak pernah dibacakan Al-Qur'an di dalamnya, seperti kuburan..
Jadi, di manakah sebenarnya kalian tinggal saat ini..??

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal, may Allah s.w.t bless u  :)

TINGGINYA AKHLAK MU.. =)


Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. 

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. 

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. 

Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW

ayat-ayat cinta yg diredhai Allah swt.. ^_^


7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya..!!

1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah.