Wednesday, 24 October 2012

#RESPECT

sempena raya haji dh dekat ni sy nk kongsi cerita seorg lelaki nie berjalan beribu2 batu semata-mata utk menunaikan haji...hasil dari usaha kuat beliau akhirnya sampai ke mekah...ambo respect btol dgn dya nie..walaupun bnyk dugaan tapi ttap teruskan perjalanan suci ni...semoga ALLAH s.w.t memberkati perjalanan beliau itu.. =D

Senad hadzic berjalan
kaki dari bosnia ke
mekah untuk tunai kan
haji..


#berumur 47 tahun
#merentasi 7 buah negara..termasuk syria yang sedang berperang
#berjalan start dari bulan 12 tahun lepas
#berjalan dalam jarak 5700 KM, dalam tempoh 314 hari..
#memikul beg seberat 20 kilogram
#ditahanan oleh presiden bashar al-assad's dan diarah kan untuk kosongkan beg..tapi
dilepas kan selepas menunjukkan al quran dan tujuan dia berjalan kaki
#tiba di mekah pada hari sabtu baru ni

Senad Hadzic yang berasal dari Bosnia akhirnya berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan haji selepas dengan berjalan kaki selepas merentasi 7 buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

Beliau telah berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

D
ia telah merentasi Syria yang bergolak pada bulan April lalu sejauh 500km dalam tempoh 11 hari termasuk melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pasukan pembebasan Syria tetapi dia beruntung kerana tidak pernah ditahan.


Di sebuah pos kawalan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkannya mengosongkan beg sandangnya. Apabila beliau menunjukkan al-Quran dan mengata bahawa dia berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan dia berlalu pergi.


Dalam perjalanannya, Senad Hadric pernah berhadapan dengan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria dan kepanasan yang mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.


Dia juga pernah menunggu di Istanbul, Turki selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain daripada menunggu selama dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.


#RESPECT..




No comments:

Post a Comment