Tuesday, 30 October 2012

Siapa mahu Resepi Bagi yang Patah Hati??? Ada beberapa Resep dibawah ini:

1. Jahit kembali hati dengan benang KEIMANAN

2. Buka kembali jalan ke TAKWAAN hanya Kepada-NYA

3. Warnai kembali hati dengan warna ke SABARAN

4. Tata kembali rasa dengan ke IKHLASAN

5. Sirami hati kembali dengan SENYUMAN ....

Selamat mencuba..:)


^_^!

Monday, 29 October 2012

tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap ??

Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Kewujudan Yakjuj dan Ma'juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA penemuan tersebut mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif hidup 20 batu di bawah tanah.

Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia.

Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

1-Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

2-Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

Kalau korang tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media yang tak keluar media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca artikel ini ade berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini.. Subhanallah!

3-Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

Ini memang tidak dapat nak dinafikan la alat muzik sememang nyer bermaharaja lela korang tengok la media sekarang, bersepah rancangan-rancangan musik dan program-program yang melalaikan.

4-Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

Korang lihat dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid yang berhiasa tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak sudah seperti menjadi kebanggaan buat kita betapa tinggi nyer.

Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:

“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” SubhanAllah!

Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer iaitu Menara Jam Di Raja Mekah. Dimana tao juga pernah mengeluarkan artikel tentang Menara jam Mekah pelengkap tanda Kiamat.

5-Munculnya kekejian.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6-Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.

7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”

- Riwayat Thabrani.

8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.

9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

Ini pon sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.

10-Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”

- Riwayat Thabrani.

11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.

Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.

12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.

13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?

14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.

Haaa.. yang ini sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin terdapat di kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan seperti ini.

15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Sunday, 28 October 2012

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi a
pabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

#beruntung nya umat Nabi Muhammad s.a.w.  

 mari lah kita selawat sekali untuk junjungan besar kita kerana Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a)


jadi jom kita selawat utk hri ni..

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ (Allahumma salli ‘ala muhammadin wa‘ala ali muhammad, sumber an-Nasa'iy no. 1292, dinilai sahih)

persoalan mengenai khunsa???

SALAM..

hurmm..msti ade yg tertanya-tanya ape 2 khunsa..sy pun dulu pening jgak...ape 2 khunsa..
bila sudah dewasa nie baru la tau khunsa nie org yg ade 2 jantina..pelik jgakkan..mcm mna diorg nk hdup klau ada 2 jantina..tapi bg sy sesungguhnya ciptaan Allah s.w.t. itu ada hikmah nya..hanya Allah s.w.t. yg mengetahui nya... :)... nie ade beberapa jwapan yg sy jmpe mngenai khunsa... smoga bermanafaat kpd korg smua...


 Sebenarnya, khunsa adalah manusia yang diciptakan oleh Allah SWT yang mempunyai dua alat kelamin(zakar dan faraj). Walaupun mereka mempunyai kedua-dua alat kelamin tersebut namun, hanya salah satu daripadanya yang berfungsi. Bagi menentukan golongan ini adakah dia lelaki atau perempuan,kita perlu menunggu sehingga beliau membesar dan dapat dikenalpasti kearah manakah mereka pergi(adakah gaya lelaki atau lebih cenderung kearah kewanitaan).Segala hukum-hakam yang berkaitan dengan mereka adalah berdasarkan kepada “status jantina” yang mereka pilih itu.

 "Allah tidak menjadikan seorang lelaki mempunyai dua hati dalam rongga dadanya;......" firman Allah SWT ayat 4 dari Surah al-Ahzab...cuba kita fahami ayat ni..Allah kata apa..Dia tidak menjadikan seorang lelaki mempunyai dua hati dan bukannya dua kemaluan..jadi,xmustahilah jika mnusia yg dijadikannya ada dua kemaluan atau dua hidung atau dua kepala krna yang disebut yg tidak dijadikannya hanyalah dua hati..mgkin dalam Al Quran tiada hukum-hakam bkaitan mreka krna tiada istilah lelaki prempuan..krna mereka perlu memilih salah satu sama ada lelaki atau prempuan...mreka xbole jadi kedua-duanya...


*klau ade ape yg tersalah sy mohon tunjuk ajar.. ^_^

Friday, 26 October 2012

Apabila LELAKI SOLEH Menundukkan Pandangan.. ♥



Lelaki yang soleh akan berkata:"Kami menundukkan pandangan bukan kerana kamu tidak cantik, tetapi kerana kami tidak mahu jatuh cinta dengan cara yang salah .." ♥

AllahuRabbi. :)


*so plezz ye kaum hawa jgn igt kami somboong klau kami tunduk bile jmpe...
 we want the love from Allah..Love Allah more than everything..

kisah tentang seorang yang beruntung...^_^

【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang :

【ツ】 Pada suatu ari, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".


【ツ】 Selepas itu dia berkata,'' لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ''.

【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".

【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT

【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?

【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】

Thursday, 25 October 2012

saye ade gunting... ^_^

saye ade gunting. gunting tu saye gune utk potong². penah gak saye terluke sbb gunting tu. tp saye tak kesah, tak sakit pon. gunting tu dah lame saye gune. sekarang gunting tu dah berkarat. saye tak buang. kenapa?? syg.. syg nak buang. mcm awak gak. saye ade awak. terluke jugak sbb awak. tp takpe. saye masih syg kan awak. 1 je yg tak same. awak tak berkarat. so, tak ada sbb saye nak buang awak. jd, saye nak simpan awak same mcm gunting td. tp gunting saye simpan dalam laci. awak?? awak saye simpan dalam hati 

TANGISAN RASULULLAH SAW KERANA WANITA


✿~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..

✿~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan
berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..

✿~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..

✿~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...

✿~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK
MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..

✿~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan
lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..

✿~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..

✿~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..


ade ape d sebalik 'WAJAH'..??

Allah s.w.t tidak mncipta wajah aku persis Ummi dan Abah semata atas alasan saintifik. Aku percaya wajah aq dilukis begini supaya setiap kali aq merenung cermin aq nmpak Ummi dan Abah. Lalu tdak kira kemana aq pergi, dan manusia apa aq jadi, aq akan mmbawa Ummi dan Abah bersama.

Dan bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras Ummi dan Abah, kerana masa itu mungkin meraka sudah tiada, dan Allah s.w.t.tahu kita rindu , dan kita perlu lihat wajah mereka...

BIG (korean drama) *the best for me*

korang pernah x tgk crita nie...mmg btol2 best crite nie..crita ke-8 drpd HONG JUN EUN nie mmg boleh mnyebabkan korang smua gelak, nagis n mcm2 lgi la.. jalan crita dya yg unik 2 yg jdikan crita nie best gler..
byangkan klau jasad gf/bf korang semua ade roh orang laen msuk..x kew pning(bkn crita hntu nie)...hahaha... btw klu korg x tgk lgi mmg la rugi.. =D 




barisan plakon drama big 

Gong Yoo as Seo Yoon Jae
Lee Min Jung as Gil Da Ran
Bae Suzy as Jang Ma Ri
Jang Hee Jin as Lee Se Young
Shin Won Ho as Kang Kyung Joon
Jang Hyun Sung as Kang Hyuk Soo






#ending dya mmg mnyakitkan jiwa n raga...smpai skrg still frust dgn ending dya...

we want big 2 plezzz....





Bumi akan bergelap selama 3 hari...??


Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.


Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.

Wednesday, 24 October 2012

#RESPECT

sempena raya haji dh dekat ni sy nk kongsi cerita seorg lelaki nie berjalan beribu2 batu semata-mata utk menunaikan haji...hasil dari usaha kuat beliau akhirnya sampai ke mekah...ambo respect btol dgn dya nie..walaupun bnyk dugaan tapi ttap teruskan perjalanan suci ni...semoga ALLAH s.w.t memberkati perjalanan beliau itu.. =D

Senad hadzic berjalan
kaki dari bosnia ke
mekah untuk tunai kan
haji..


#berumur 47 tahun
#merentasi 7 buah negara..termasuk syria yang sedang berperang
#berjalan start dari bulan 12 tahun lepas
#berjalan dalam jarak 5700 KM, dalam tempoh 314 hari..
#memikul beg seberat 20 kilogram
#ditahanan oleh presiden bashar al-assad's dan diarah kan untuk kosongkan beg..tapi
dilepas kan selepas menunjukkan al quran dan tujuan dia berjalan kaki
#tiba di mekah pada hari sabtu baru ni

Senad Hadzic yang berasal dari Bosnia akhirnya berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan haji selepas dengan berjalan kaki selepas merentasi 7 buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

Beliau telah berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

D
ia telah merentasi Syria yang bergolak pada bulan April lalu sejauh 500km dalam tempoh 11 hari termasuk melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pasukan pembebasan Syria tetapi dia beruntung kerana tidak pernah ditahan.


Di sebuah pos kawalan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkannya mengosongkan beg sandangnya. Apabila beliau menunjukkan al-Quran dan mengata bahawa dia berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan dia berlalu pergi.


Dalam perjalanannya, Senad Hadric pernah berhadapan dengan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria dan kepanasan yang mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.


Dia juga pernah menunggu di Istanbul, Turki selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain daripada menunggu selama dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.


#RESPECT..




beautiful smile...(snyum xperlu kata apa2).. =)


Hari ini saya akan upload beberapa senyuman yang indah kerana dengan senyuman setiap hari akan membuat kan kita gembira dan bahagia. Dalam koleksi ni saya mengumpul gambar senyuman yang berbeza, tempat2 berbeza, orang dan umur yang berbeza. tahukah anda dengan senyuman mmapu mmbuat anda melupakan kesedihan dan menghilangkan strees. Doktor menasihatkan kita untuk selalu tersenyum kerana kesedihan dan tenshion boleh merosakkan saraf kita.

Senyuman anda boleh mengubah dunia ini jika anda tersenyum maka setiap orang akan tersenyuman seperti anda. Senyum adalah rahmat Tuhan. Senyum adalah hadiah indah dari tuhan dan anda boleh memberikan kepada setiap seorang tanpa sebarang kos, tetapi mempunyai banyak bernilai supaya menyimpan tersenyum sepanjang hayat keseluruhan anda. Mereka orang-orang yang sentiasa tersenyum sepanjang hayat mereka mereka menghabiskan kehidupan yang bahagia dan sihat. Smile meningkatkan tahap tekanan anda, untuk membuat personaliti anda menarik. Sentiasa ingat untuk menjadi gembira kerana anda tidak tahu siapa yang jatuh cinta dengan anda senyuman manis.