Tuesday 11 November 2014

20+ aplikasi android yang perlu ada dalam smartphone kesayangan anda!!

Aplikasi ANDROID terbaik 2014

Semestinya anda semua pernah memuat turun aplikasi dari playstore ataupun mana2 website yang menawarkan aplikasi android yang menarik. Mungkin anda telah menggunakan aplikasi andorid setelah sekian lama anda merasakan yang anda perlu dan mahu mengetahui apakah aplikasi yang berguna dan terbaik untuk smartphone kesayangan anda. Tidak kiralah apa-apa pun alasan anda mesti mendapatkan aplikasi yang menjadi kan smartphone anda 'awesome' dan memberikan kelancaran semasa menggunakan smartphone anda.


Android telah berkembang dengan begitu pantas di pasaran dan hampir setiap hari aplikasi android yang baru di keluarkan. Perkara ini memaksa 'developers' mencipta aplikasi baru yang berguna untuk
memudahkan kerja pengguna dan melicinkan aplikasi smartphone. Sudah tidak terkira aplikasi android di playstore dan semestinya pengguna mahu menggetahui apakah aplikasi android yang terbaik dan harus mereka memiliki dalam smartphone mereka.

Aplikasi android yang terbaik

1. CLEAN MASTER 

Pernahkah anda terfikir untuk memiliki aplikasi android yang mampu melajukan smartphone anda dan mampu untuk mengurangkan penggunan kad memory anda..??  jadi anda perlu melihat atau mencari aplikasi CLEAN MASTER. Ia bukan hanya aplikasi android yang mampu untuk menjaga smartphone anda dari sebarang ancaman-ancaman virus serta malware, ia juga mampu untuk membuang fail yang tidak berguna, tidak digunakan dan fail sampah dalam smartphone anda. Anda boleh untuk tidak memiliki aplikasi android yang terbaik ini jika anda sudah memiliki aplikasi android CM security Applock dan antivirus kerana kedua-duanya memiliki fungsi yang sama.

2. CM Sucurity Applock Antivirus

Antara applikasi android yang terbaik ialah CM Security Antivirus. Aplikasi ini mampu menjaga dan melindungi aplikasi android anda dari sebarang ancaman virus. Tambahan lagi, aplikasi ini mampu untuk menguruskan smartphone anda dengan memeriksa (scan) dan membuang segala virus dalam smartphone dan memory card anda.Ia juga akan melajukan smartphone, memory card , applikasi kunci, menghalang panggilan yang tidak diperlukan dan boleh mengesan smartphone anda jika hilang.



3. ES FILE EXPLORE FILE MANAGER

Salah satu aplikasi kesukaan pengguna android ialah ES File Explore File Manager. Applikasi ini memudahkan anda membuka file dan memudahkan anda mencari fail yang terdapat dalam smartphone anda.

4. DU BATTERY SAVER

Applikasi terbaik untuk menjaga dan menjimatkan bateri smartphone. Kehabisan bateri ketika menggunakan smarphone telah menjadi masalah yang besar bagi pengguna android hari ini. Aplikasi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menjimatkan penggunaan bateri smartphone anda dengan mengurangkan dan menutup sebarang applikasi android yang tidak digunakan secara sengaja atau tidak.

5. MS OFFICE MOBILE

Seperti nama yang diberikan, ini ialah applikasi android MS Office Mobile bagi pengguna android. Menggunakan applikasi android terbaik ini anda boleh mengubahsuai, membuka fail, dan melihat fail MS Office Document seperti MS excel, word , powerpoint dan banyak lagi hanya menggunakan smartphone kesayangan anda.

6. AIRDROID

Salah satu applikasi android yang mampu membuatkan pengurusan smartphone anda mudah dan ringkas. Anda mampu untuk mengalihkan fail anda dari komputer ke smartphone anda tanpa menggunakan kabel wayar.


7. NEWS360 -PERSONALIZED NEWS

Ini merupakan salah satu applikasi android kesukaan bagi pengguna yang suka untuk mengetahui berita terkini serata dunia. Ia mengandungi segala maklumat dari pelbagai carian daripada blog serta cerita- cerita serata dunia yang mampu menarik anda untuk membaca

8. ADOBE READER

Seperti nama yang diberikan , ia mampu untuk membuka segala jenis fail 'document'  bagi pengguna android.

Applikasi- applikasi lain yang terbaik

- FLIPBOARD : Salah satu applikasi yang popular di kalangan pengguna android. Applikasi ini mampu memberikan maklumat serta berita terkina serata dunia. Tambahan pula, applikasi ini dilengkapi dengan berita bergambar , artikel serta boleh dikongsi kepada kawan2 anda.

- NEWS REPUBLIC : Salah satu applikasi yang patut anda miliki dalam smartphone anda.

- MX PLAYER : Applikasi yang berguna untuk anda memainkan fail video di dalam smartphone anda. Applikasi ini mampu memainkan video dalam pelbagai format dan boleh dimasukkan 'subtitle' ke dalam video yang dimainkan.

- SHAZAM : Dengan applikasi shazam ini , anda hanya perlu tekan butang smarphone anda untuk mengenalpasti lagu yang anda dengar di sekeliling anda.

- TRUE CALLER - Applikasi ini mampu mengenalpasti orang yang menelefon anda , mampu untuk menyekat sms dan panggilan telefon yang anda rasakan ia tidak diperlukan dan mengamcam anda.

- TUNEIN RADIO - Applikasi radio ini mampu mencari dan memainkan radio kesukaan anda menggunakan smartphone anda. Applikasi ini juga mampu mencari radio dari dalam negara serta luar negara.

- WHATAPPS - Applikasi yang paling popular bagi menghantar mesej secara percuma hanya dengan capaian internet sahaja. Applikasi ini mampu mengbungkan hubungan antara keluarga , rakan serta sesiapa sahaja.

- CLASH OF CLAN - Applikasi permainan ini merupakan permainan android yang paling popular buat masa sekarang. Permainan ini telah menjadi kegilaan remaja2 sekarang untuk menjadi salah seorang pemain clash of clan. Anda hanya perlu membina kawasan anda dan perlu menaik taraf kawasan , askar serta pertahanan anda. Permainan ini mula menjadi ketagih selepas anda memiliki kawasan yang kuat serta sukar untuk di tewaskan. Mencuri sumber alam pemain lain menjadi fokus utama permainan ini. saya sendiri sudah town level 8 :) hehe

- CANDY CRUSH - Salah satu lagi permainan popular di android. Permainan yang menguji minda anda habis habisan untuk menyelesaikan misi yang diberikan dalam tempoh atau pergerakan yang dibenarkan. Permainan ini dimainkan oleh wanita mahupun lelaki yang tidak mahu terlepas untuk menguji kehebatan mereka menyelesaikan misi yang diberikan.

- PIXIR EXPRESS - Applikasi mengubahsuai gambar yang sangat menarik dan boleh digunakan secara percuma oleh pengguna pengguna android.

- SUPERBEAM - Applikasi yang pantas dan mudah untuk bertukar tukar fail sesama pengguna android smartphone.

- NETMEDIABLOG - Ini ialah applikasi rasmi netmediablog yang popular dengan teknologi blog. Jika anda suka untuk membaca blog dengan pelbagai topik , inilah applikasi android yang harus anda miliki.

Jika terdapat applikasi yang menarik perhatian anda atau berguna untuk anda miliki anda boleh muat turun applikasi ini di playstore secara percuma dan berbayar sekiranya anda mahukan ia secara premium. Suka saya ingatkan yang ini hanyalah sekadar pandagan saya. Applikasi android sering kali bertukar , jadi tidak hairanlah jika masih ada applikasi android yang lagi 'awesome' dari senarai yang saya berikan ini.

credit goes to qdtrick .